Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi
hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di
sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,”
Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah
jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari
mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila
kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah
menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka
yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka
yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan
orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan
diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit
menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi
sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan
menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk
menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu
harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian
kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke
dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling
berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya
terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang
seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka
seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah
membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya
mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang
mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang
turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di
sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang
tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa
raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu
untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu
akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan
kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda
tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan
yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya
tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk
dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita
cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya
cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar
kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan.
Cinta seperti matahari, ia tetap
bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi
kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak
mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari
keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau
cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap
tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak
ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta.
Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak
semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar
matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar
matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar
matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’.
Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling
mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai
rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan
tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak
usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi
keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun
janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk
ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan
merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap
percintaan.
Kadangkala orang yang paling
mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu
kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu
masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang
tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta
boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh
membawa kesalan yang tak sudah.



Bagaimana Dengan Artikel ini....Silahkan Berkomentar Jika ada Pertanyaan Dan Masukan ^_^